"JASIN: Kepulangan seorang pelajar ke kampung di Rengit, Batu Pahat untuk mendapatkan tandatangan bapanya bagi permohonan pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi perjalanan terakhir apabila terbabit dalam kemalangan ngeri, awal pagi semalam"..Laporan: Harian Metro..Al-Fatihah..
Sekalung takziah di atas pemergian Allahyarhamah ke rahmatullah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya kelak, inshaAllah.
Kematian itu pasti akan datang kepada setiap makhluk Allah yang bernyawa.. baik yang kuat mahupun yang lemah, yang kaya mahupun yang miskin..kita bukanlah manusia yang hebat yang boleh lari kematian..ramai orang yang mati sebelum kita dan ramai lagi yang akan merasakan hal yang sama setelah kita..Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi hari kematian?cukup ke amalan kita?banyk mana kah kebaikn yang kita lakukn?
" Ibnu Bathutah menyebut bahawa di wilayah Utara terdapat sebuah perkuburan yang di dalamnya dikuburkan seribu raja.Di atas kuburan itu tertulis :
Kekuasaan yang mereka miliki
telah terkubur oleh tanah.
Sementara kepala dengan mahkota keagungan
kini tinggal tulang belaka
- Ini menunjukkan kepada kita, kekuasaan dan kesenangan yang kita kecapi didunia tidak akan menjamin kebahagiaan kita diakhirat kelak..hanya amalan yang akan menentukan nasib kita disana...
Telah dekat kepada manusia hari perhitungan amal mereka, namun masih sahaja mereka lengah dan berpaling daripadanya.(Al-Anbiya':1)
`Ref: Laa Tahzan'
p/s: Marilah kita tingkatkan amalan kebaikan kita..tinggalkan lah perkara2 yang tidak berfaedah dan kembali lah kepada cara hidup Islam yang suci..semoga kita bersama-sama berada didalam golongan yang diredhai oleh Allah S.W.T..InshaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
inalillah..
ReplyDelete